Leading the paradigm shift
to Chemical Management in Malaysia
Kami memiliki lebih dari 1,000++ Helaian Data Keselamatan (HDK) (dan masih membilang lagi
HDK baru yang sentiasa dikemaskini) dan kami bertujuan untuk menyokong anda dengan
perkihidmatan pengurusan bahan kimia dan penyelesaian keselamatan
Sentiasa mengemaskini dengan My SDS
Cari SDS
With over 1000++ SDS in our database you can search for Safety Data Sheets for the chemicals that you use. The essential information of the chemicals, including the safest way to use it and dispose of it are included in the SDS. All of these SDSs are accessible freely in our database
Penulisan HDK dan Pendaftaran
Kami juga menyediakan penulisan HDK dan pendaftarannya untuk pangkalan data kami yang semakin bertambah. Tujuan kami ialah untuk menyediakan maklumat tepat dan terkini tentang bahan kimia. Kami akan menghubungi pengeluar-pengeluar dan pengedar-pengedar kimia untuk mengumpulkan maklumat terkini HDK dan memasukkan maklumat tersebut di dalam pangkalan data kami. Sekiranya anda tidak memiliki HDK untuk bahan kimia anda, hubungilah kami melalui klik butang di bawah.
ChemAI, Kepintaran Buatan
Kami berada di barisan hadapan di dalam penggunaan teknologi terkini dan canggih Kepintaran Buatan (artificial intelligence) untuk membantu anda di dalam pengurusan bahan kimia. Kepintaran Buatan yang dibina khas kami digelar “Chem AI”dan kami boleh melakukan tangkapan data secara “pintar”.
“Chem AI” akan menyaring data HDK untuk mengetahui jenis bahaya kesihatan, keserasian bahan kimia, pilihan bahasa yang ada, maklumat terkini dan semasa serta peralatan perlindungan peribadi yang sesuai untuk dipakai. “Chem AI” juga menangkap data mengenai simbol bahan kimia berbahaya GHS dan memberi ringkasan semua bahan kimia merbahaya untuk rujukan sepintas lalu. Ia memudahkan kita mengenali keterukan atau tahap bahaya bahan kimia tersebut. Sebagai contoh, adakah bahan kimia itu merupakan karsinogenik atau hanya merengsa sahaja.
Pengurusan Bahan Kimia
Pengurusan bahan kimia adalah aspek paling penting di dalam pematuhan undang-undang, kerana bahan kimia boleh mengancam kesihatan ataupun menyebabkan penyakit tempat kerja jika ia berpunca dari bahan kimia yang digunakan di tempat kerja, seperti yang biasa berlaku. Ia amat mengejutkan untuk mengetahui bahawa kebanyakan bahan kimia yang digunakan oleh industri boleh menjadi toksik dan mungkin menyebabkan kematian. Ia juga boleh memusnahkan sistem pembiakan badan dan mengakibatkan pelbagai reaksi alahan. Bahan kimia boleh didapati dalam pelbagai jenis dan bentuk dan bahayanya juga mempunyai tahap yang berlainan. Besar kemungkinan kita mengendalikan bahan kimia tanpa mengetahui bahayanya. Ada sesetengah bahan kimia yang memudaratkan kesihatan secara serius seperti kanser, ada juga bahan kimia yang mengakibatkan isu kesihatan yang tidak begitu serius. Ada fjuga bahan kimia yang tidak berbahaya langsung. Oleh yang demikian, ia amat sukar untuk menapis bahan kimia mengikut tahap bahaya dan memahami inventori bahan kimia. Di bidang inilah teknologi “Chem AI” sangat berguna. Tangkapan data automatik teknologi ini meningkatkan pematuhan dan membantu di dalam pengurusan bahan kimia secara sistematik. Pengetahuan yang mendalam mengenai bahan kimia adalah amat penting kerana ia akan membantu anda mengelakkan berbagai masalah termasuk tidak patuhi keperluan undang-undang, isu-isu kesihatan dan liabiliti sivil. Sistem ini secara automatik akan membantu anda memperolehi maklumat maklumat relevant. Tambahan pula, anda boleh memperolehi maklumat mengenai PPE yang mungkin anda perlukan untuk mengelakkan pendedahan.
Latihan SDS
Latihan kami meliputi sesiapa yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang SDS hingga yang lain yang ingin belajar lebih banyak. Kami ingin memastikan bahawa kepentingan SDS difahami dan diformat dengan betul.
Inventori Kimia
Our team of experts will come to your workplace for a thorough chemical inventory audit. It’s LEGAL COMPLIANCE to stay on top of GHS compliance. During the audit process, we’ll capture each chemical Product Name, Manufacturer, Product Code (if applicable) and where each product resides at your location, so you can get an accurate snapshot of your entire chemical footprint
“Here at My SDS Online, we provide chemical management services like SDS Authoring, SDS Management and SDS Training to ensure that your system is in compliance with the United Nations’ Globally Harmonised System (GHS) and Malaysia’s Class Regulation 2013”